KERJA BERGOTONG-ROYONG

 Ahad, 16 Ogos 2020M - MPK Tanah Jambu / Salar dengan kerjasama AJK Takmir Masjid Kg Tanah Jambu mengadakan kerja bergotong-royong mengecat beberapa bahagian Masjid Kg Tanah Jambu. 











PENYERAHAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM

Ahad, 22 Syawal 1441H / 14 Jun 2020M: Majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim bagi Penduduk Kampung Tanah Jambu & Salar telah diadakan pada hari ini melalui kaedah pandu lalu (drive-thru) bertempat di Perkarangan Rumah Pemangku Ketua kampong Tanah Jambu & Salar.

Sumbangan derma tersebut diserahkan oleh Pemangku Ketua Kampong Tanah Jambu & Salar, Awang Haji Sarabani bin Haji Bakir.

Majlis acara tahunan ini telah diusahakan bersama oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Tanah Jambu & Salar dan Persatuan Ikatan Kampong Tanah Jambu (PITA).



























UPACARA PENGIBARAN BENDERA KEBANGSAAN

Upacara pengibaran Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam  bagi Penduduk Kg Tanah Jambu & Salar, Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73 Tahun telah diadakan pada Hari Rabu, 3hb Julai 2019 bersamaan, 28 Syawal 1440H, bertempat: Di Kawasan Lapang Gerai Sayur Kampong Tanah Jambu.
Upacara tersebut telah diungkayahkan oleh  Majlis Perundingan Kampong Tanah Jambu & Salar dan Persatuan PITA.
Hadir sebagai Tetamu kehormat pada upacara tersebut ialah Yang Mulia  Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha bin Pengiran Metasan.
Upacara dimulakan dengan penyerahan Bendera Kebangsaan oleh Yang Mulia Tuan Haji Sarabani bin Hj Bakir, Pmk Ketua Kg Tanah Jambu & Salar kepada Tetamu kehormat sebelum diserahkan kepada ahli-ahli yang telah ditugaskan untuk penyempurnaan penaikan Bendera.
Doa selamat telah dibacakan oleh Yang Mulia Md Saifullah bin Rosli, Iman Masjid Kg Tanah Jambu & Salar.
Klik gambar untuk besarkan