AKTIVITI AMPK DAN PENDUDUK KAMPONG

03 Sept 2017M / 11 Zulhijjah 1438H

MAJLIS KORBAN TAHUN 1438H/2017M

Majlis Korban bagi Tahun 1438H/2017M telah diadakan pada hari ini bertempat di perkarangan Masjid Kampong Tanah Jambu. Majlis ini dikendalikan  bersama oleh Jawatankuasa Takmir Masjid Kg Tanah Jambu, MPK TJ/Salar dan  Persatuan PITA. Sebanyak 6 ekor kerbau telah dikorbankan pada majlis tersebut.
JKT Masjid TJ bersama dengan MPK TJ/Salar & PITA ingin mengucapkan penghargaan ribuan terima kaseh kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terutama sekali kepada mereka-mereka yang telah melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.




16 Julai 2017 (Ahad) / 21 Syawal 1438H
MPK TJ/Salar dengan kerjasama Persatuan PITA telah mengadakan Majlis Berhari Raya Sekampung.
Hadir pada majlis tersebut ialah:
Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major  Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Hj. Daud.
Yang Dimuliakan Pehin Datu Penglima Kolonel (B) Haji Abdul Jalil bin Hj. Ahmad.
Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha bin Pengiran Haji Matassan.
Yang Mulia Pamangku Ketua Kampong Tanah Jambu, Cikgu Haji Bujang bin Sabtu 
dan penduduk-penduduk Kampong Tanah Jambu dan Salar.
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan Oleh Yang Mulia Ketua Biro Ugama MPK TJ/Salar Awg. Haji Mustapa bin Haji Jaafar.
Seterusnya diikuti dengan Ucapan daripada Yang Mulia Timbalan Pengerusi MPK TJ/Salar Awg. Haji Durhman bin Musa. Seterusnya penyampaian Derma kepada anak-anak yatim Kg Tanah Jambu & Salar yang disampaikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major  Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Hj. Daud.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan  nyanyian Selamat Hari Raya daripada semua Ahli Jawatankuasa sambutan.
Cabutan nama bertuah dan Kuiz Tanah Jambu Siok juga diadakan semasa Majlis tersebut.








26 Mei 2017 (Jumaat)
JKT Masjid Kg Tanah Jambu dengan kerjasama MPK TJ/Salar & Persatuan PITA  beserta Penduduk Kampong bergotong-royong membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan Dagit Kg Tanah Jambu.






21 Mei 2017 (Ahad)

JKT Masjid Kg Tanah Jambu dengan kerjasama MPK TJ/Salar & Persatuan PITA  beserta Penduduk Kampong bergotong-royong membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan Sg. Duyan Kg Tanah Jambu.
Majlis  Betahlil &  Makan Arwah sekampung juga diadakan pada hari ini bertempat di Masjid Kg Tanah Jambu. Acara bermula selepas menunaikan sembahyang Fardu Magrib Berjemaah.









10, 12 & 15 March 2017


JawatanKuasa Takmir Masjid Kg Tanah Jambu dengan kerjasama MPK TJ/Salar & Persatuan PITA membuat kerja-kerja pembisaian Kawasan Masjid Kampong Tanah Jambu. 
Turut hadir ialah Penasihat 1 MPK TJ/Salar, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa 
Major General (B) Dato Seri Pahlawan Awg. Hj Mohammad Bin Hj Daud.





18 & 19 Februari 2017

AMPK TJ / Salar bersama dengan Ahli-ahli Persatuan PITA bergotong-royong membersihkan tapak Gerai Kampong Tanah Jambu .





17 Februari 2017
Majlis Penyampaian sijil lantikan bagi ahli-ahli Majlis Perundingan Kampong Tanah Jambu / salar Sesi 2016 -2021 telah diadakan pada hari Jumaat,20 JamadilAwal 1438H bersamaan 17 Feb 2017, bertempat di Masjid Kampong Tanah jambu.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah  Penasihat 1 MPK TJ / Salar,
Yang Dimuliakan Pehin Orang kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud.
Turut hadir pada malam tersebut ialah, Yang Mulia  Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.
Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan seterusnya diselajurkan dengan Ceramah agama  bertajuk 'Musafir Akhirah' yang telah disampaikan Ustaz Khairul Nazif bin Hj Awg Damit.
Selasai Sembahyang fardu isya, acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Ketua kampong Tanah Jambu, Yang Mulia, Awang Haji Bujang bin  Sabtu.
Kemuncak Majlis pada malam tersebut ialah Penyempurnaan penyampaian sijil-sijil lantikan kepada AMPK TJ / Salar yang telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis,
Doa selamat dibacakan oleh Imam Masjid Kg Tanah Jambu, Yang Mulia Tuan Imam Haji Fadillah.

















15 Februari 2017
Mesyuarat AMPK TJ/ Salar bersama dengan Persatuan PITA  telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Serbaguna PITA. Mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 yang akan diadakan di Kampong Tanah Jambu.


04 February 2017
Pada hari ini MPK Tanah Jambu / Salar telah mengadakan Majlis Makan Malam (Barbecue) bagi memberi penghargaan kepada mereka yang telah menjayakan pertunjukan semasa Majlis RTB Bedudun ke Mukim Mentiri pada 03 Dec 2106 lalu.
Majlis ini telah diadakan  di rumah kediaman Yang Mulia Awg. Haji Sarabani bin Haji Bakir.
Acara bermula jam 08:00 malam dimulai dengan bacaan doa selamat, dan seterusnya ucapan dari Timbalan Pengerusi MPK Tanah Jambu/ Salar iaitu Yang Mulia Awg Hj Durhman bin Musa.



06 December 2016
Bermula 1 Rabiulawal 1438H bersamaan 1 Disember 2016 hingga 12 Rabiulawal 1438H, Jawatan Kuasa Takmir Masjid Kampong Tanah Jambu dengan kerjasama MPK TJ/Salar mengadakan Majlis Zikir Maulidur Rasul, Sempena Kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W, bertempat di Masjid Kampong Tanah Jambu.





03 December 2016:
Acara RTB Badudun ke Mukim Mentiri Anjuran Radio Televisyen Brunei (RTB)  & Majlis Perundingan Mukim Mentiri diadakan pada hari ini,Sabtu 03/12/2016, bersamaan dengan 03 Rabiulawal 1438H, bertempat di Dewan Pusat Kemasyarakatan Kg Mentiri, yangmana AMPK TJ/Salar turut terlibat sama dalam menjayakan acara tersebut. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia  Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.
Dalam majlis tersebut, Penduduk Kampong Tanah Jambu telah mempersembahkan mengenai dengan  Adat dan Budaya perkahwinan Puak Kedayan Kg. Tanah Jambu.

PENGHARGAAN

Sekalung Penghargaan dan Tahniah khususnya kepada AMPK dan Penduduk kampong yang terlibat sama dalam mengunkayahkan dan menjayakan persembahan tersebut.








01 December 2016
Latihan Acara Badudun ke Mukim Mentiri telah diadakan pada hari ini:




09 November 2016:
AMPK TJ/Salar dan Penduduk Kampong bergotong-royong membuat kerja-kerja penebangan pokok-pokok kayu di kawasan perkuburan Sungai Duyan, Tanah Jambu. Kerja-kerja penebangan pokok tersebut dikepalai oleh Tuan Haji Asar bin Haji Beruddin, Mantan Ketua Kg Tanah Jambu /Salar.



30 Oktober 2016:   
AMPK TJ/Salar membuat tinjauan ke kawasan Tanah Perkuburan Sungai Duyan sebelum membuat kerja-kerja penebangan pokok.

23 Oktober 2016:
Mesyuarat kali kedua AMPK TJ/Salar sesi 2016 - 2020 telah di adakan di Rumah Tuan Hj Wahab bin Datu Derma Wijaya Hj Yusuf (Setiausaha AMPK TJ/Salar).