PROFIL KG TANAH JAMBU/SALAR




Kampong Tanah Jambu terletak di Mukim Mentiri, Daerah Brunei dan Muara. Letaknya di Jalan Muara iaitu di antara Kampong Salambigar dengan Kampong Kapok. Kira-kira 17 kilometer dari Bandar Seri Begawan,  Brunei Darussalam. Keluasanya ialah kira-kira 18 KM persegi.


1.     Sejarah Kampong Tanah Jambu Dan Salar

Sebelum Kampong Tanah Jambu  wujud terdapat beberapa buah kelompok kampung kecil yang letaknya berhampiran anatara satu dengan lain. Kampung-kampung ini, Kampong Salar, Kampong Si Bungutan, Kampong Masau. Kampong Si Mukang dan Kampung Parsah. Antara kampung-kampung kecil ini kampung yang lebih menunjol ialah Kampong Salar.  Sebelum timbul nama Kampong Tanah Jambu penduduk kampung-kampung kecil dikenali juga dengan penduduk Kampong Salar. Apabila terdapat jalan raya yang meghubungi anatara Bandar Brunei (Nama Bandar Seri Begawan ketika itu) dan Pekan Muara. Penduduk kampung-kampung kecil berpindah tinggal mendekati jalan raya  ini. Akhirnya terwujudlah Kampong Tunah Jambu Salar.

Tunah Jambu merupakan nama awal  Kampong Tanah Jambu Salar. Kenapa ianya dinamakan Tunah Jambu. Pada masa itu terdapat sebuah tunah yang di atas tunah ini ditanam sepohon pokok buah jambu. Tunah itu bermaksud bukit kecil yang dikelilingi oleh paya. Apabila ia didaftarkan dan digazetkan ianya tertukar menjadi Kampong Tanah Jambu Salar.  Perkataan tunah tadi menjadi tanah. Hingga sekarang kampung ini dikenali dengan Kampong Tanah Jambu Salar. 

Kampong Salar adalah merupakan sebahagian dari kampong-kampung kecil yang dinyatakan di atas  merupakan pengkalan perahu tempat penduduk-penduduk kampong pergi ke Sungai Salar.  Sungai Salar terhubung terus dengan Kuala Sungai Brunei. Dari sini mereka akan boleh sampai ke Bandar Brunei melaui jalan sungai dengan mengunakan perahu atau perahu layar pada masa itu. Cantuman  perkataan tanah jambu dan salar ini lah terujudnya Kampong Tanah Jambu Salar.

Menurut apa yang dikisahkan oleh penduduk awal kampung ianya dibuka oleh seorang penduduk yang bernama Orang Kaya Padang Japar. Salah satu sebab kenapa kampung ini dibuka ialah memandangkan keadaan tanah-tanahnya yang subur sesuai untuk menjadi kawasan pertanian. Penghidupan penduduk kampung ini pada masa ianya mula dibuka keseluruhanya adalah petani. Bersawah dan bercucuk tanam sayur- sayuran dan buah-buahan. Kawasaan sawah Kampong Tanah Jambu Salar merupakan antara kawasan persawahan yang terbesar di Negara ini pada masa lalu.

2.     Penduduk Kampong Tanah Jambu dan Salar

Jumlah  penduduk Kampong Tanah Jambu dan Salar ketika ini ialah kira-kira 2150 orang. Hampir keseluruhannya  iaitu kira-kira 90% terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam. Selebihnya terdiri dari Bangsa Cina, Iban dan India. Orang-orang Melayu kebanykkannya bekerja dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri  Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Terdapat sebahagiannya jua bekerja dengan pihak sewasta dan bekerja sendiri. Cina dan Indai merupakan pedegang kedai-kedai runcit di kampung ini.

3.     Kemudahan-kemudahan Yang terdapat di Kampong Tanah Jambu dan Salar.

Terdapat beberapa kemudahan-kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada kampung ini baik dari segi infrastuktur dan fasliti-fasilti seperti jalan-jalan raya dan jalan raya kecil, sekolah-sekolah, masjid tempat ibadah orang-orang yang beragama Islam dan bakalan  api elektrik dan air. 

a. Jalan Raya Kampung.

Terdapat beberapa batang jalan raya kampung ini yang telah dibina oleh kerajaan. Seperti Jalan Tanah Jambu Satu, Jalan Tanah Jambu Dua, Jalan Lingga, Jalan Sungai Saudan dan Jalan Bengawan. Jalan-jalan  ini diturap dengan aspal dan sering dilakukan pembaikkan dari masa ke semasa.

b. Sekolah

Kampung ini mempunyai dua buah sekolah. Sebuah sekolah  kerajaan yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidkan dan dikenali dengan Sekolah Rendah Kampong Tanah Jambu. Terdapat jua sebuah sekolah Agama yang dikelolakan oleh Kementerian Hal-Ehwal Agama dan dikenali dengan Sekolah Agama Kampong Tanah Jambu. Pada mulanya sekolah-sekolah ini ditempatkan di bangunan-banguan sementara. Seiring  dengan perubahan masa  sekolah-sekolah ini sudah ditempatkan di  bangunan yang kekal dan kukuh.


c . Masjid Kampong Tanah Jambu Salar.



Masjid yang ada sekarang terletak di Bukit Pengail yang dibina pada tahun 1978. Masjid ini dibuka resmi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota Pengiran Muda Kemaluddin Al-Haj sempena sembutan Tahun Hijrah 1400 pada 7 Disember 1979.

Pembinaan masjid di kampung ini mempunyai sejarah yang panjang. Masjid Pertama yang dibina ialah Masjid Si Mukang duduknya di kawasan perkampungan lama yang dikenali dengan Kampong Si Mukang. Masjid kedua dibina adalah merupkan masjid yang hanya menyarupai sebuah balai ibadah terletak di kawasan Jalan Tanah Jambu dua masa ini. Selepas itu terdapat beberapa masjid dan balai ibadah lagi dibina. Salah sebuah dari masjid ini pernah dibuka rasmi oleh Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuuddien Sa’adul Khairi Waddien ketika baginda menjadi Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara.

4.  Ekonomi dan Kegiatan-Kegitan Sosial.

Walaupun kebanykkan penduduknya terdiri dari Bangsa Melayu, bekerja dengan kerjaan dan sewasta mereka juga bergiat dengan bercocok tanam terutama tanman buah-buahan. Terdapat sebuah koperasi  di kampung ini di mana ahli-ahlinya terdiri orang-orang kampung. Koperasi ini dikenali dengan Koperasi Ladang Komunal PITA Bhd. Ianya ditubuhkan pada 1 Ogos 1994 dan pendaftarannya disahkan pada 29 September 1994. kopersai ini mengusahakan kawasan tanah seluas 55 ekar yang ditanamai dengan  buah-buahan.

Bagi penduduk berbangsa Cina dan India, mereka bergiat dari segi perdangan. Kedai-kedai  runcit di kampung ini dipunyai oleh bangsa-bangsa ini.

Terdapat juga dua  buah pertubuhan sosial di kampung ini. Iaitu sebuah   persatuan yang ditubuhkan bersama kampong-kampung  lain di kawasan yang berhampiran. Kampong Salambigar, Kampong Sungai Hanching dan Sungai Tilong dan Kampong Tanah Jambu Salar.  Persatuan ini dikenali dengan Persatuan Tiga Kampong Bersatu (TIBA).  Ditubuhkan pada tahun 1960 dan diluluskan pendaftarannya pada tahun 1961. Ahli persatuan ini terdiri daripada penduduk-penduduk tiga kampung yang dinyatakan di atas. Anatara kegiatan ekonomi persatuan ini ialah menubuhkan sebuah setesen minyak yang terdapat di Kampong Salambigar. 
Terdapat lagi sebuah persetuan pergerakkan sosial yang dikenali dengan Persatuan Ikatan Kampong Tanah Jambu (PITA). Berlainan dengan Persatuan Tiga Kampong Bersatu, Persatuan Ikatan Kampong Tanah Jambu ahli-ahli hanya terdiri daripada penduduk–penduduk Kampong Tanah Jambu Salar sahaja. Ditubuhkan pada tahun 1987. Anatara lain tujuan PITA ditubuhkan ialah untuk meninggikan taraf kehidupan penduduk kampung dari segi ekonomi, pelajaran dan kesihatan. Persatuan ini  juga berusaha memperkukuhkan peganggan Agama Islam dan juga berusaha memberikan dan mempertingkatkan kefahaman tentang budaya dan kesenian  di kalalngan ahli dan penduduk Kampong Tanah Jambu. 


4. Kesimpulan
  
Amnya kampung ini telah mengalami perubahan yang jelas daripada sebuah kampung yang bersifat tradisional menjadi sebuah kampung yang modern dan dilangkapi dengan berbagai-bagai kemudahan. Pada era awal tahun lima puluhan sumbar air untuk keperluan hidup, Cuma diperolehi dari sungai-sungai dan telaga yang digali sendiri yang kebersihannya tidak dapat dipastikan. Tetapi kini semua rumah sudah dialirkan dengan paip air yang dibekalkan oleh kerjaan. Begitu juga dengan api elektrik keseluruhan rumah di kampong ini  telah dibekalkan.


Begitu juga taraf pendidikan anak buah kampung. Diawal tahun lima puluhan itu juga,  masih ramai penduduk kampung yang masih buta huruf tidak tahu membaca dan menulis. Kampong Tanah Jambu Salar adalah diantara kampung terawal di negara ini yang mengadakan pembelajaran sekolah dewasa. Dewasa ini   anak-anak  buah kampung rata-ratanya berpendidikan sekolah menenggah dan peringkat tinggi. Antaranya terdapat penduduk kampong ini yang memperolehi gelaran doktor flasafah dan doktor perubatan dari luar negeri. Taraf keadaan kesihatan penduduk kampong ini  juga turut meningkat.