UPACARA PENGIBARAN BENDERA KEBANGSAAN

Upacara pengibaran Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam  bagi Penduduk Kg Tanah Jambu & Salar, Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73 Tahun telah diadakan pada Hari Rabu, 3hb Julai 2019 bersamaan, 28 Syawal 1440H, bertempat: Di Kawasan Lapang Gerai Sayur Kampong Tanah Jambu.
Upacara tersebut telah diungkayahkan oleh  Majlis Perundingan Kampong Tanah Jambu & Salar dan Persatuan PITA.
Hadir sebagai Tetamu kehormat pada upacara tersebut ialah Yang Mulia  Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha bin Pengiran Metasan.
Upacara dimulakan dengan penyerahan Bendera Kebangsaan oleh Yang Mulia Tuan Haji Sarabani bin Hj Bakir, Pmk Ketua Kg Tanah Jambu & Salar kepada Tetamu kehormat sebelum diserahkan kepada ahli-ahli yang telah ditugaskan untuk penyempurnaan penaikan Bendera.
Doa selamat telah dibacakan oleh Yang Mulia Md Saifullah bin Rosli, Iman Masjid Kg Tanah Jambu & Salar.
Klik gambar untuk besarkan
































RAMAH MESRA AIDILFITRI 1440H

Majlis ramah mesra sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 1440H / 2019M bagi penduduk Kg Tanah Jambu & Salar diadakan pada 25 Syawal 1440H bersamaan , 29 Jun 2019M.

Sambutan tersebut diadakan bertempat di rumah Kediaman Tuan Haji Sarabani bin Hj Bakir, Pemangku Ketua Kg Tanah Jambu & Salar dan Selaku Pengerusi Majlis Sambutan.

Tetamu Kehormat pada majlis tersebut  ialah Yang Berhormat Pengiran Haji Muhammad bin Pg Othman.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan  Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awg Hj Mohammad bin Hj Daud, Penasihat 1 MPK Kg Tanah Jambu & Salar.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Alfatihah diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mustapa bin Hj Jafar.
Seterusnya Kata Alu-aluan daripada Pengerusi Majlis Sambutan. Tetamu Kehormat turut memberi ucapan pada majlis tersebut.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim bagi kawasan Kg Tanah Jambu & Salar oleh Yang Berhormat Pg Hj Muhammad bin Pg Othman.

Doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Md Saifullah bin Rosli, Imam Masjid Kg Tanah Jambu & Salar.





BERGAMBAR RAMAI

KETIBAAN YANG DIMULIAKAN 
PEHIN OKSD MEJAR JENERAL (B) 
DATO SERI PAHLAWAN HJ MOHAMMAD BIN HJ DAUD, 
PENASIHAT I MAJLIS  PERUNDINGAN KAMPONG TANAH JAMBU & SALAR.

KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
YANG BERHORMAT PG HJ MUHAMMAD BIN PG OTHMAN



KATA ALU-ALUAN DARIPADA
PEMANGKU KETUA KG TANAH JAMBU & SALAR
AWG HJ SARABANI BIN HJ BAKIR

UCAPAN DARIPADA TETAMU KEHORMAT

PENDUDUK KAMPUNG TANAH JAMBU & SALAR YANG HADIR


PENYAMPAIAN DERMA KEPADA 
ANAK-ANAK YATIM 
OLEH TETAMU KEHORMAT

















 DOA SELAMAT DIBACAKAN OLEH 
YANG MULIA MD.SAIFULLAH BIN  ROSLI, 
IMAM MASJID KG TANAH JAMBU & SALAR.

PERSEMBAHAN NYANYIAN SELAMAT HARI RAYA DARIPADA AJK





Penyampaian Cendera Hati Kenang-Kenangan kepada Tetamu Kehormat oleh
Yang DiMuliakan Pehin.